KELUARGA KU SYURGA KU
Pengalaman Melahirkan Anak Pertama
Raya Pertama '2014' |
Bermulanya hidup baruku sebagai isteri kepada Mohd Afif Awang pada tanggal 14 Jun 2010. Perkenalan kedua kami lebih rapat dan membibitkan rasa cinta hingga ke jinjang pelamin. Perkenalan pertama sejak di bangku sekolah menengah lagi tetapi hanyalah sekadar kenalan biasa sahaja. Memang tidak disangka selepas 7 tahun baru lah dapat kenal lebih rapat.
Alhamdulillah setelah lebih 4 tahun kami melayari bahtera perkahwinan dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Hannah Afifah dan sekarang berumur 1 tahun 7 bulan. Lahirnya puteri kami pada 14 Januari 2014 dan yang paling menggembirakan adalah tarikh itu sama dengan hari lahir suamiku. Kehadiran permata ini telah kami nantikan hampir 2 tahun baru lah disahkan mengandung. Segala ikhtiar kami cuba termasuk berjumpa doktor pakar sakit puan di Klinik Pakar O&G HSNZ. Pada masa itu pun masih belum mengenali apa itu Shaklee dan segala kebaikannya.
Semasa melahirkan Hannah terdapat komplikasi bayi lemas dan langsung tidak menangis. Hanya dapat memeluknya sekejap tanpa sempat melihat wajah comel itu. Selepas bersalin terus di bawa ke ICU untuk bantuan pernafasan kerana kekurangan oksigen. Apa tidaknya, jalan dah 9cm dan sudah fully baru dikejarkan ke labour room. Dah boleh rasa kepala baby katanya nurse itu. Kalut lah semua kakitangan wad yang bertugas. Masih terngiang di telinga dan terbayang wajah mereka ketika itu. Kelahiran ini normal pada 38 minggu oleh kerana Diabetes tp hanyalah on DC (diet control). Cuma di akhir kehamilan bacaan gula turun naik dan tidak stabil jadi terpaksa induced ubat untuk bersalin awal. Pada masa itu bukaan jalan hanya lah 1cm sahaja dan belum rasa sakit pun lagi.
Komplikasi itu disebabkan sakit terlalu lama dan bukaan jalan hanya 2cm walaupun dah masuk ubat yang keempat. Tuhan sahaja tahu rasa kesakitan itu yang tak boleh digambarkan pada masa sekarang. Ubat penahan sakit juga sikit sebanyak membantu lelapkan mata walau hanyalah tidur-tidur ayam sahaja. Setiap minit terasa kesakitan itu tapi apakan daya tidak juga terbuka jalan untuk bersalin. Sepanjang malam mengerang kesakitan di wad biasa dengan ketuban darah yang semakin kering. Kehadiran Suami tercinta yang sekejap-sekejap sahaja dapat tenangkan hati walau tidak sedikit pun berkurang rasa sakit.
Hanya tawakal sahaja dan ingat Allah sentiasa ada bersama. Bacaan "La ilaa ha illa anta subhanaka innii kuntu minaz zolimin" hanya dapat membantu pada ketika itu dan tak pernah lekang diucapkan.
Bila dah sampai ke labour room terus dijalankan prosedur bersalin dan tidak menunggu lama untuk push baby keluar. Cuma pada mulanya terdapat sedikit masalah untuk push oleh doktor yang bertugas dan menyebabkan kepala baby terlekat agak lama. Itu juga antara sebab baby kekurangan oksigen dan lemah pernafasan. Walaupun begitu banyak komplikasi tapi... Alhamdulillah selamat juga bersalin normal dan bayi ku disambut sendiri oleh ibu saudara yang juga ketua bidan di dewan bersalin.
Bersyukur nya rasa pada masa itu bila mana dapat melahirkan amanah Allah sendiri. Tidak dapat digambarkan juga perasaan ini. Terasa perasaan yang amat lega setelah merasai kesakitan yang perit terlalu lama tapi sangat berbaloi dengan anugerah yang diberikan.
Semasa di ICU, Hannah diberikan bantuan pernafasan dan Alhamdulillah selepas 3 hari rawatan baru lah dapat bernafas seperti bayi lain cuma perlu dipantau sepanjang masa. 5 hari berada di wad ICU dan 6 hari di wad bayi sangat menduga sifat keibuanku yang pertama kali menimang cahaya mata. Pengjagaan yang rapi dan layanan yang terbaik di wad ICU harus dipuji dan rasa sangat-sangat berpuas hati.
Hampir setiap kali waktu menyusu aku cuba berulang alik ke hospital untuk menyusukan Hannah sendiri dan juga membekalkan susu perahan untuk malam hari. Rasa kepenatan itu sudah semestinya terasa tapi digagahkan jua untuk kebaikannya. Tetapi bernasib baik setelah beberapa hari bila mana dapat dipindahkan ke wad anak bersama ibu sehingga lah dapat discharge keluar dari wad. Bersyukur kepada Nya dapat pulang ke rumah dan menjalani kehidupan normal seperti bayi-bayi yang lain.
Alhamdulillah... Hannah dah membesar dengan baik tanpa masalah langsung dan kekal aktif seperti kanak-kanak lain. Walaupun demikian, sehingga kini kami masih perlu membuat temujanji berjumpa doktor pakar di Klinik Pakar Pedriatrik HSNZ untuk follow up seterusnya dan pemantauan oleh pakar sehingga tumbesarannya betul-betul sempurna. Tak lupa juga kami sekeluarga mengamalkan pengambilan suplimen Shaklee dalam kehidupan seharian untuk lebih sihat dan cergas.
Hannah pun dah pandai possing |
Kesayangan Mummy |
Cinta Hatiku |
InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya untuk kami sekeluarga. Harapan semoga dikurniakan lagi cahaya mata kedua dan seterusnya selepas ini dengan izin Nya.. AMIN...
Sekian.
***Entry ini hanyalah perkongsian bagi pengalaman sendiri bukan lah untuk menyalahkan mana-mana pihak terbabit. Sesunguhnya yang baik itu semua daripada Allah, yang buruk itu daripada khilaf kita sendiri... Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan***
No comments:
Post a Comment